Beberapa Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di 5 Negeri

BeritaBeberapa Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di 5 Negeri

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah, Johor, Pahang, Sarawak dan Kelantan selama 14 hari bermula Jumaat ini.

PKPD di Sabah membabitkan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San dekat Kudat, selain perumahan kilang, Ladang Ong Yah Ho di Kinabatangan.

Di Johor pula membabitkan FELDA Inas, Kulai, manakala Pahang dekat FELDA Tembangau 1 dan FELDA Tembangau 3, Bera serta FELDA Jengka 7, Maran.

Turut dikenakan PKPD di Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, Sarawak serta Kampung Kutan Tengah dan Kampun Ketik dekat Tumpat, Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu susulan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati berlaku peningkatan kes COVID-19 mendadak di lokaliti terbabit dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis