Bayaran i-Citra Bermula 2 Ogos

BeritaBayaran i-Citra Bermula 2 Ogos

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat kepada ahli bermula 2 Ogos ini.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook rasminya, KWSP menjelaskan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut,” kata kemaskini tersebut.

Terdahulu, pada 28 Jun lalu melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang pengenalan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban ahli KWSP.

Beliau berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Permohonan i-Citra mula dibuka pada 15 Julai lalu secara online di icitra.kwsp.gov.my. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis