Bapa Durjana Rogol Anak, Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu

BeritaBapa Durjana Rogol Anak, Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu

SUNGAI PETANI – Gelaran suami dan bapa durjana mungkin sesuai diberi kepada seorang lelaki kerana tergamak merogol anak kandung sendiri, selain menyeksa isterinya dengan memasukkan botol susu pada kemaluan wanita itu.
Lelaki terbabit dipercayai merogol anak sulungnya yang berusia belasan tahun sejak Disember tahun lalu, dengan kejadian terakhir berlaku Jun lalu di rumah mereka di sebuah kawasan perumahan, dekat sini.

Sepanjang tempoh berkenaan, remaja terbabit yang juga seorang pelajar cemerlang dijadikan hamba seks oleh bapa kandungnya itu tidak kira siang atau malam terutama ketika ibu mangsa keluar bekerja atau sedang tidur.

Bagaimanapun, remaja itu hanya mendiamkan diri dan tidak menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa kerana bimbang adik-adiknya akan dipukul bapanya yang panas baran.

Sumber berkata, tidak cukup dengan merogol darah daging sendiri, lelaki terbabit turut memperlakukan isterinya yang berusia 30-an dengan zalim apabila kerap memasukkan objek ke dalam kemaluan wanita terbabit ketika melakukan hubungan seks.

“Sama seperti anaknya, si ibu juga enggan menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa kerana tahu yang suaminya panas baran dan bimbang anak-anaknya menjadi mangsa dia melepaskan kemarahan.

“Perbuatan jahat lelaki berusia 40 tahun yang juga penganggur itu terbongkar juga apabila isterinya yang tidak tahan dengan perangai suami memberitahu anak sulungnya yang dia nekad mahu keluar daripada rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, ketika itu baru anak sulungnya berani menceritakan kejadian rogol yang berlaku terhadap dia selama ini dan mendengarkan cerita itu si ibu kemudian meminta bantuan saudara mereka yang lain untuk membantu membuat laporan polis semalam.

“Dua beranak terbabit masing-masing membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa mereka dan siasatan mendapati kejadian rogol membabitkan remaja berkenaan berlaku jam 3 pagi hujung tahun lalu ketika mangsa sedang tidur.

“Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa pula mendakwa suaminya kerap memasukkan botol serta objek yang tidak diketahui dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu.

“Kali terakhir dia diperlakukan suami dengan kejam ketika mereka mengadakan hubungan kelamin awal bulan ini, dan wanita berkenaan sudah tidak tahan dengan sikap suaminya kerana perbuatan terbabit mengundang kesakitan pada dirinya.

“Wanita itu dan anaknya akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mereka juga akan dirujuk kepada pusat kaunseling,” katanya.

Katanya, susulan daripada laporan dua beranak itu, suspek ditahan semalam dan hasil siasatan awal dia mengaku melakukan perbuatan terbabit kepada isteri serta anaknya.

“Suspek mengaku yang dia memasukkan botol susu anak ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya dan juga memberitahu merogol anak sulung ketika isteri keluar kerja atau sedang tidur.

“Setakat ini, ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah dan dia kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung dua kejadian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada dan tangkapan terhadap suspek sudah dibuat, namun enggan mengulas lanjut.

Kredit: myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis