Bandar tiada dalam peta

DuniaBandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun tidak disenaraikan dalam peta.

Portal Kompas melaporkan tindakan itu dilakukan kerana pemimpin Osaka dipercayai enggan dunia tahu mengenai kewujudan bandar berkenaan.

Difahamkan, terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api disediakan untuk ke Kamagasaki dalam masa yang singkat.

Namun, penduduk di bandar itu masih sukar menjana pendapatan sekalipun banyak peluang pekerjaan di Jepun.

Malah, mereka juga tidak tahu bagaimana nasib setiap hari sama ada boleh mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup atau terpaksa beratur untuk mengambil makanan di dapur umum.

Beberapa gambar suasana di Kamagasaki menunjukkan gelandangan tidur dan mabuk di kaki lima.

Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan nilai persahabatan dan bagaimana penduduk bersama-sama melalui kehidupan yang getir.

Bekas gelandangan, Masharu Takezawa berkata, tiada wanita dan kanak-kanak dapat dilihat di Kamagasaki.

“Ini dunia lelaki,” kata Takezawa, seorang yang berjaya di Kamagasaki. HMetro

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis