Badminton: Beregu wanita bawa pulang satu kemenangan

Gaya HidupBadminton: Beregu wanita bawa pulang satu kemenangan
Mei Kuan-Meng Yean menang ke atas pasangan Great Britain.

PERLAWANAN terakhir peringkat kumpulan menyaksikan beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean meraih kemenangan tunggal pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan negara ini menewaskan pasangan Great Britain Chloe Birch-Lauren Smith 21-19, 21-16 dalam tempoh masa 44 minit.

Bagaimanapun, kejayaan menundukkan pasangan di ranking ke-14 dunia itu hanya melebarkan rekod kemenangan mereka musim ini kepada 10 perlawanan sementara peluang melangkah ke pusingan suku akhir di Tokyo tetap terkubur selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan A.

Mereka tewas kepada gandingan di ranking keenam dunia Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia 14-21, 17-21 dalam aksi pembukaan sebelum akur kepada kehebatan pasangan nombor satu dunia dari Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-17, 15-21, 8-21.

Mei Kuan-Meng Yean menjadi wakil kedua daripada kem badminton negara di Tokyo selepas beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang terpaksa pulang lebih awal kepada temasya berkenaan selepas gagal menduduki kedudukan dua teratas kumpulan.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis