Azizulhasni teruskan buruan emas di Paris 2024

Gaya HidupAzizulhasni teruskan buruan emas di Paris 2024

Aksi Azizulhasni di Tokyo adalah penampilan keempat Azizulhasni di pentas Olimpik selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang akan kembali merebut buruan pingat emas acara keirin pada temasya Olimpik Paris 2024 nanti.

Pemenang perak di Sukan Olimpik 2020 itu berkata, dia terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan jurulatihnya, John Beasley bagi merangka perjalanan ke temasya berprestij itu di Paris.

“Saya gembira dengan pencapaian ini walaupun saya tidak dapat membuktikan emas tetapi kita tahu pingat perak juga adalah pencapaian cukup besar bukan sahaja untuk saya tetapi buat negara.

“Sudah pasti perancangan seterusnya adalah untuk beraksi ke Olimpik 2024 Paris. Seperti biasa, kami akan duduk berbincang bersama jurulatih, Beasley untuk merangka semula perancangan.

“Ketika ini, semangat dan keinginan saya masih kuat malah saya juga tidak mengalami masalah fizikal. Jadi itulah matlamat saya selepas Tokyo.

“Selepas ini kita akan melihat semula perancangan ke Paris 2024,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Azizulhasni bersama Shahfirdaus dan Pandelela tiba di KLIA, hari ini .

Di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Azizulhasni dijulang sebagai wira kontinjen negara selepas memenangi pingat perak acara keirin sekali gus memperbaiki pencapaiannya ketika meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.

Aksi di Tokyo adalah penampilan keempat Azizulhasni di pentas Olimpik selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Ditanya apa ingin dilakukan selepas tamat menjalani kuarantin, perkara pertama selepas dia tamat menjalani kuarantin adalah ingin melawat ayahnya, Awang Muda Embong yang kini mengalami masalah kesihatan, mild stroke.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis