ATM Bantu Vaksinasi Menerusi PPV Pandu Lalu

BeritaATM Bantu Vaksinasi Menerusi PPV Pandu Lalu

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat melaksanakan pemberian vaksin secara pandu lalu bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia adalah sebahagian daripada tugas Pasukan Vaksinasi Perubatan Medan ATM.

Menurutnya, sebanyak 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu sudah dibuka ATM di seluruh negara, dengan lapan PPV itu dibuka di Semenanjung manakala, dua di Sarawak dan tiga di Sabah.

“Menerusi PPV pandu lalu ini, sebanyak 44,853 dos suntikan sudah selesai diberikan kepada masyarakat.

“Kini kapasiti pemberian vaksin akan ditingkatkan lagi termasuk bagi manfaat masyarakat awam, sejajar dengan kenyataan saya pada 2 September lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ATM hanya menunggu pengesahan lokasi oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk meningkatkan kapasiti suntikan vaksin. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis