Apa Yang Berlaku Di Melaka Bukan Salah UMNO

BeritaApa Yang Berlaku Di Melaka Bukan Salah UMNO

KETIKA Barisan Nasional (BN) cuba merampas Sabah, Ketua Menteri dari parti Warisan ketika itu mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kerana tidak mahu menyerahkan negerinya dengan mudah kepada musuh politik.
Sesuatu yang normal dalam politik untuk tidak menyerah kalah begitu sahaja dan kehilangan kuasa dengan mudah.

Apabila kerajaan Melaka tumbang kerana empat ADUN menarik sokongan pada kerajaan sedia ada, maka dengan segera segala kesalahan diletakkan kepada UMNO semata-mata.

Memang benar dua pada mereka adalah ADUN yang mewakili UMNO.

Namun jangan lupa beberapa perkara penting lain.

BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAKKAN BERBUNYI

Ingat juga ada dua lagi ADUN dari parti lain pun yang terbabit. Mereka ialah ialah Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (BEBAS-Pengkalan Batu).

Bermakna, tumbangnya pentadbiran kerajaan Melaka adalah hasil kerjasama ADUN pada UMNO, Bersatu dan Bebas. Bukan UMNO semata-mata.

Perkara kedua, Melaka berada di bawah Ketua Menteri dari UMNO, justeru tidak ada keperluan untuk UMNO melakukan sebarang gerakkan politik untuk menjatuhkan kerajaannya sendiri.

Ibu pejabat UMNO atau pemimpin tertinggi UMNO tidak memberikan sebarang arahan untuk menarik sokongan.

Apa yang berlaku adalah tindakan individu (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menarik sokongan atas sebab-sebab sendiri bersama dengan ADUN Bersatu dan Bebas.

Seperti yang diulas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi di Facebook beliau:

“Secara harfiah (literally), segala yang terjadi didorong masalah dalaman di Melaka dan ia melibatkan wakil rakyat daripada beberapa parti yang diketahui.

“Bagaimanapun, seperti kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas berjumpa dengan ahli UMNO di Melaka, nasi sudah menjadi bubur.

“Maka parti perlu bersiap siaga mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika itu ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Perbuatan Idris dan Nor Azman sebenarnya merugikan UMNO.

Hakikatnya, UMNO adalah mangsa dan bukannya punca.

Dua bekas ADUN buat hal, dan UMNO kehilangan satu negeri. Bukti bahawa UMNO adalah mangsa dalam pergolakkan politik di Melaka. – Mynewshub.TV

Baca: Royalti Pasir Melaka: SPRM Mohon Idris Haron Kemukakan Bukti
Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis