Angka Kematian Covid-19 Lepasi 13,000 Kes

BeritaAngka Kematian Covid-19 Lepasi 13,000 Kes

PUTRAJAYA – Angka kematian akibat Covid-19 kini melepasi 13,000 kes dengan mencatatkan 13,077 kes keseluruhan dengan 293 lagi kematian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 90 kes, 47 kes di Kuala Lumpur, 42 kes di Johor, 21 kes di Pahang, masing-masing 19 kes di Melaka dan Perak.

Katanya, 15 kes lagi di Sabah, masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Kedah, lapan kes di Pulau Pinang, tujuh kes di Kelantan, lima kes di Terengganu serta dua kes di Sarawak.

“Kematian melibatkan 251 warga tempatan dan 42 warga asing dengan 162 lelaki dan 131 wanita manakala 44 kes meninggal dunia di rumah dan 249 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Noor Hisham, tempat kerja terus menjadi majoriti terbesar kluster iaitu 23 daripada jumlah keseluruhan harian, 39 kluster diikuti 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata, kluster tempat kerja menyaksikan tujuh kluster di Selangor, Kelantan (3), Johor (3) manakala Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang, masing-masing dua kluster serta Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing satu kluster.

Noor Hisham berkata, Kluster komuniti, empat di Kelantan, Kampung Kijang di Kota Bharu (14), Lorong Wook di Pasir Mas (11), Kampung Kubang Rambutan di Pasir Mas (9); dua di Sarawak, Kampung Kakeng di Serian dan Tebedu (65), Jalan Lembah Hijau di Miri (31); dua di Selangor, Mas Puchong di Sepang (70), Teluk Merbau di Sepang (48).

“Negeri yang mencatat satu kluster komuniti, Sabah, Sawit Baiduri di Lahad Datu (77), Melaka, Bukit Payung Taboh Naning di Alor Gajah (39); Terengganu, Kampung Panchor di Besut (35); Negeri Sembilan, Dusun Kubur di Jelebu (26) dan Johor, Jalan Dato Usman Awang di Kota Tinggi (16).

“Dua kluster pusat tahanan, dua di Pulau Pinang, DTI Juru 2 di Seberang Perai Tengah (61), Pagar Bertam Satu di Seberang Perai Utara (41) manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi, Solok Keramat di Klang, Selangor (16),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,631 kes berbanding semalam, 19,740 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,468 kes dengan 1,054 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 525 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,147 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268) dan Perak (1,101).

“Lima negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498) dan Negeri Sembilan (490).

“Putrajaya pula mencatatkan kes dua angka iaitu 41 kes dan Perlis, 37 kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis