Aksi sendu De Gea terus jadi bahan bualan

Gaya HidupAksi sendu De Gea terus jadi bahan bualan

ROME, ITALY - MAY 06: David de Gea of Manchester United reacts during the UEFA Europa League Semi-final Second Leg match between AS Roma and Manchester United at Stadio Olimpico on May 06, 2021 in Rome, Italy. Sporting stadiums around Europe remain under strict restrictions due to the Coronavirus Pandemic as Government social distancing laws prohibit fans inside venues resulting in games being played behind closed doors. (Photo by Paolo Bruno/Getty Images)

WALAUPUN keputusan pemenang Liga Europa 2020/21 telah diketahui, namun prestasi David De Gea bersama Manchester United ketika tewas kepada Villarreal terus menjadi bahan perbualan.

Malahan, kegagalan itu menyebabkan Manchester United gagal mengakhiri musim ini dengan trofi.

Semasa penentuan sepakan penalti, David De Gea tidak berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi 11 pemain Villarreal. Bukan itu sahaja, ketika tugasnya mengambil sepakan, De Gea pula mensia-siakan peluang.

Untuk rekod, De Gea sendiri miliki catatan terburuk dalam senario seperti itu kerana gagal menyelamatkan penalti dalam 36 perlawanan berturut-turut.

“David De Gea seperti tidak mahu berusaha membuat penyelamatan!.

“Tangan Gero Rulli, penjaga gawang Villarreal, paling kurang dua kali kena bola dan semestinya dapat melakukan beberapa penyelamatan.

“Mungkin saya sakit hati kerana meminati Manchester United, tapi saya tak dapat berfikir dengan apa yang dilihat dalam final besar Eropah. Ia sepatutnya menjadi salah satu kelab besar dunia, yang tak perlu bermain di Liga Europa,”  kata Hugh Woozencroft, pengacara talkSPORT.

Katanya, dia tak bermaksud mengecilkan keupayaan Villarreal,  namun mengakui pertemuan itu tidak menarik untuk disaksikan.

Sementara itu, legenda Manchester United, Paul Scholes, juga memberi maklum balas aksi kurang bermaya De Gea.

“Dia seperti tak berdaya menghadapi tendangan pemain lawan,” ujrnya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis