Akhirnya Dijual Juga Celcom

BeritaAkhirnya Dijual Juga Celcom

Dari Facebook Najib Razak

SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata.

Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam syarikat baru digabung Celcom-Digi setelah dibayar RM2 bilion cash.

Syarikat negara Norway, Telenor juga milik 33.1%. Baki saham dimilik pasaran.

Dengan ini, kerajaan tidak lagi ada pemilikan saham majoriti dalam mana-mana syarikat Telco.

Penjualan ini pertama kali timbul masa Kerajaan PH selepas PRU14 tetapi dihentikan sebab bimbang ribuan pekerjaan akan hilang serta isu keselamatan negara selepas digabung dengan syarikat asing.

Akhirnya dibuat juga oleh kerajaan PN.

Bulan Februari 2021, kerajaan juga hilang pemilikan syarikat semikonduktor terbesar negara setelah dijual 100% kepentingan dalam Silterra Berhad dengan harga RM273 juta sahaja kepada syarikat gabungan 60%-40% Malaysia-China.

Bulan November 2020 lalu, kerajaan juga hilang pemilikan majoriti dalam syarikat kimia terbesar Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) setelah dijual dengan harga RM292 juta kepada syarikat disenarai Pulau Pinang Batu Kawan Berhad.

Syarikat Telco. Syarikat semikonduktor. Syarikat kimia.

Satu persatu aset dibina masa BN dijual selepas PRU14.

“21 Jun 2021: It’s signed – Axiata, Telenor ink RM50bil deal”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/06/21/axiata-telenor-to-ink-rm45bil-telco-deal-this-week/

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis