Ahli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Tipu Fizz Fairuz

BeritaAhli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Tipu Fizz Fairuz

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pelakon Datuk Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jun lalu.

Tertuduh Khairul Khuzaini Zamsani, 26, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Taufiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, Khairul Khuzaini didakwa telah menipu Mohd. Fairus Zainal Abidin ,42, dengan mempercayai bahawa tertuduh memiliki projek pembersihan daripada DBKL berjumlah RM1.81 juta sehingga dengan curangnya mendorong mangsa memasukkan wang ke dalan akauan Maybank milik tertuduh berjumlah RM18,100.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Dutamas Raya Mont Kiara di sini pukul 3.52 petang pada 6 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Norazman menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Khairul Mukhtar yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan itu dikurangkan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Online pada 22 Julai lalu melaporkan pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin mendedahkan wajah dan identiti individu yang menipunya sehingga mengkibatkan kerugian mencecah lebih RM18,000.

Difahamkan, suspek juga telah menipu tentang gelaran Datuk Seri yang digunakannya itu. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis