Ahli Parlimen DAP Jelutong Bikin Kecoh

BeritaAhli Parlimen DAP Jelutong Bikin Kecoh

AHLI Parlimen DAP Jelutong dalam Dewan Rakyat memang banyak songeh. Konon “badass” acah-acah hero, tetapi hakikatnya “very annoying”.
Baru-baru ini beliau tidak tentu pasal memekak di Parlimen mengenai siasatan pihak polis ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Menuduh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuli LHDNM kerana membuat laporan polis berkenaan isu bayaran cukai terhadapnya.

Ada dua perkara pokok di sini iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira apa jawatan dan kedudukan berhak untuk membuat laporan polis tentang sesuatu hal.

Kedua, menjadi kewajipan pihak polis untuk menyiasat apa sahaja laporan diterima sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Ketiga, hasil daripada siasatan yang diserahkan kepada pendakwa raya itu mungkin akan berlaku pendakwaan di mahkamah dan mungkin juga tidak.

Keempat, tiada pihak dianggap bersalah di peringkat siasatan mahupun di peringkat pendakwaan sehingga mahkamah membuat keputusan.

Justeru, berikan ruang secukupnya kepada pihak polis menjalankan siasatan tanpa perlu diganggu oleh suara-suara sumbang dari dalam atau di luar Parlimen.

Biarkan proses keadilan itu berjalan dengan telus tanpa usaha mana-mana pihak cuba campur tangan atau menimbulkan persepsi tidak sepatutnya.

Sikap ‘lebih sudu daripada kuah’ Ahli Parlimen DAP Jelutong itu memualkan sedangkan LHDNM yang terkait dalam laporan polis tersebut tenang sahaja.

LHDNM sebagai sebuah agensi kerajaan bersikap profesional kerana laporan polis oleh Najib

seperti juga laporan polis yang banyak dibuat terhadap mana-mana agensi atau individu.

Sebagai sebuah agensi yang berintegriti tidak perlu LHDNM cuba campur tangan, memekak atau merungut. Kes dalam siasatan maka biar pihak polis menyiasat. – Mynewshub.TV

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis