Ahli Bersatu Hina Pemain India

BeritaAhli Bersatu Hina Pemain India

KUALA LUMPUR – Dunia media sosial negara kecoh hari ini dengan kenyataan dibuat oleh seorang didakwa Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dari Kelantan yang menggunakan istilah ‘Keling’ dan estet ke atas pemain badminton negara, Kisona Selvaduray.

Pengguna media sosial dengan nama Borhan Che Rahim mengeluarkan kenyataan berikut di akaun Facebook miliknya:

“BAM kutip India (keling) dlm estet mana la jd pmain utama MALAYSIA,”.

Kenyataan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk MIC yang dikenali ‘penjilat tegar’ Bersatu.

Sehubungan itu, Pemuda MIC Kebangsaan mengeluarkan kenyataan akan membuat laporan polis.

Kenyataan itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk netizen yang menyifatkan kenyataan ahli Bersatu berkenaan sangat buruk dan tidak boleh dimaafkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengkritik perbuatan itu namun dipandang agak sinis oleh masyarakat kerana Azumu juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu, yakni parti yang disertai oleh Borhan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga mengutuk sekeras-kerasnya komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap Kisona.

“Komen seperti ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak masuk akal ini.

“BAM akan terus berjuang untuk menghapuskan unsur perkauman dalam sukan terutama sukan badminton. Kami terus menyokong semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” kata BAM dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB

badminton Piala Sudirman

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis