Agong Terima Menghadap PM Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet

BeritaAgong Terima Menghadap PM Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam satu hantara di Facebook rasminya memaklumkan, sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Pagi tadi, kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu 1 Istana Negara selepas jam 8.56.

Ia selepas kira-kira satu jam pertemuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin dilihat memasuki Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar jam 7.45 pagi.

Tumpuan hari ini terarah di Istana Negara berikutan bakal berlangsungnya beberapa siri pertemuan dijangka melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Al-Sultan Abdullah. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis