Agong perkenan Istihar Darurat Bagi Bahagian Pilihanraya Parlimen Gerik dan DUN Bugaya

NasionalAgong perkenan Istihar Darurat Bagi Bahagian Pilihanraya Parlimen Gerik dan DUN Bugaya

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat bagi bahagian Pilihan Raya Parlimen Gerik di Perak dan Bahagian Pilihan Raya DUN Bugaya di Sabah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu dibuat mengambil iktibar penularan wabak COVID-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah, sebelum ini.

Pilihan Raya Kecil di kedua-dua kawasan berkenaan yang dijadualkan diadakan 16 Januari 2021, kini ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.

Menurutnya Perdana Menteri lagi di dalam menyembah nasihat kepada Seri Paduka Baginda, Jemaah Menteri pada 4 Disember 2020 telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik,Perak dan Bugaya, Sabah jika diadakan pada masa pandemik COVID-masih menular di negara ini.

Mengambil iktibar penularan covid-19 susulan Pilihanraya Negeri Sabah sebelum ini, Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam katanya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis