Agong Dukacita, Pembatalan Ordinan Darurat Belum Diperkenan

BeritaAgong Dukacita, Pembatalan Ordinan Darurat Belum Diperkenan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda mengesakan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Agong menegaskan kenyataan itu bercanggah, mengelirukan di Parlimen juga membelakangi fungsi, kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara. – BH Online

Berita lanjut menyusul

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis