Adun DAP Perak tak dapat lupa ‘sejarah hitam’, gesa parti tolak calon MB Umno

PolitikAdun DAP Perak tak dapat lupa ‘sejarah hitam’, gesa parti tolak calon...

Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya, Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih berkata, beliau menolak kerjasama dengan Umno dan tidak akan menyokong calon menteri besar daripada parti itu.

“Saya berharap dan menyeru rakan seperjuangan DAP, khasnya Adun DAP Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada Umno sebagai menteri besar Perak berikut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leow berkata, beliau menyertai DAP kerana mendakwa Barisan Nasional yang diketuai Umno menumbangkan kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.

“Peristiwa tersebut merupakan sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan saya.

“Negara kita telah mencipta sejarah dalam pilihan raya umum ke-14 pada 2018, di mana atas sokongan padu rakyat, PH telah menumbangkan kerajaan BN dan buat kali pertamanya membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri.”

Bagaimanapun, beliau mendakwa Umno sekali lagi menjatuhkan kerajaan Perak dan beberapa kerajaan negeri ditadbir PH yang disifatkannya tindakan “jelas menderhaka” mandat rakyat.

“Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada Umno sebagai menteri besar Perak berikutnya.”

Selain Nga, pemimpin PH Perak yang lain, termasuk Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi dan Ketua PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak turut menyuarakan kesediaan mereka bekerjasama dengan Umno.

Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyuarakan kemungkinan untuk menubuhkan gabungan dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perak yang baru. selepas sekutunya, PPBM serta PAS kecewa dengan tindakan Umno tidak menyokong Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden PPBM di DUN Jumaat lalu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis