ACL: JDT sekali lagi tunduk kepada Pohang Steelers, laluan makin sukar

Gaya HidupACL: JDT sekali lagi tunduk kepada Pohang Steelers, laluan makin sukar

Foto: JDT

Oleh: JJFIRDAUS

MISI Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membuat kejutan sekurang-kurangnya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) jelas sukar apabila sekali lagi tunduk kepada Pohang Steelers.

JDT tumpas 0-2 dalam perlawanan keempat Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok dan hanya keajaiban sahaja yang mampu membawa JDT mara ke pusingan seterusnya.

Benjamin Mora melakukan beberapa pertukaran dengan penjaring dua gol, Leandro Velazquez tidak diturunkan dan Safawi Rasid kembali di bahagian sayap dan Aidil Zafuan diturunkan sebagai kapten bergandingan pertama kali dengan Shane Lowry di barisan pertahanan.

JDT dinafikan penalti pada minit ke-10 tetapi hampir didepan pada minit ke-17 menerusi rembatan ‘trademark’ Safawi dari sepakan percuma tetapi terkena tiang walaupun penjaga gol Pohang sudah tertewas.

Pohang Steelers cuba melakukan serangan balas dan akhirnya berjaya mendahului 1-0 pada minit ke-33 menerusi Lee Seung-Moo yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dan mudah merembat menewaskan Farizal Marlias.

Pasukan JDT sekali tewas di tangan Pohang Steelers. Foto: JDT

Selepas gol itu, Pohang menggandakan asakan dan giliran Kang Sang-woo pula menggegar jaring Harimau Selatan dengan gol kedua pada minit ke-37 hasil gerakan satu dua dengan Boris Tashti untuk kedudukan 2-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Tidak banyak perubahan pada babak kedua dengan JDT banyak mengawal bola tetapi buntu untuk memecah benteng Pohang yang masih menggunakan taktikal serangan balas pantas.

Mora melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan Mohamadou Sumareh menggantikan Safawi dan Guilherme De Paula mengambil tempat Bergson yang masih kemarau jaringan.

Kemasukan mereka masih gagal membantu JDT menjaringkan gol dan keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan. Kekalahan ini meletakkan JDT di tangga ketiga kekal dengan tiga mata dengan berbaki dua perlawanan menentang Ratchaburi FC dan Nagoya Grampus.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis