Acer Swift X dilancar : AMD Ryzen 7 5800U, RTX 3050 Ti, harga bermula ~RM3,728

Gaya HidupAcer Swift X dilancar : AMD Ryzen 7 5800U, RTX 3050 Ti,...

Acer baru sahaja mengadakan acara next@acer2021 dimana mereka melancarkan pelbagai produk terbaru mereka termasuklah komputer riba Acer Swift X. Komputer riba ini adalah komputer riba Acer paling berkuasa yang dikuasai oleh pemproses AMD Ryzen siri 5000.

Seperti siri Swift yang lain, Swift X ini juga mempunyai reka bentuk yang ringan dengan berat 1.39kg dan ketebalan 17.9mm sahaja. Ia dikuasai oleh AMD Ryzen 7 5800U dan disokong oleh kad grafik GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Untuk memori pula, ia hadir dengan RAM 16GB dan storan SSD sehingga 2TB.

Acer Swift X juga dilengkapi dengan bateri 59W yang mampu bertahan sehingga 17 jam penggunaan. Selain itu, Swift X hadir dengan skrin 14 inci FHD IPS dengan nisbah skrin ke badan 85.7%, kecerahan sehingga 300 nits dan ketepatan warna sRGB 100%. Komputer riba ini dilengkapi beberapa port USB-C, menyokong Wi-Fi 6 dan hadir dengan sistem penyejukan istimewa.

Buat masa ini, Swift X boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan China bermula Jun ini. Berikut adalah harga rasmi Acer Swift X.

  • Amerika Syarikat – $899.99 (~RM3,728)
  • Eropah – 899 Euros (~RM4,538)
  • China – 6,499 Yuan (~RM4,221)

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis