9,751 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita9,751 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 9,751 kes berbanding 9,890 kes yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,323,478 kes.

Katanya, Selangor merekodkan angka tertinggi kes harian dengan 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339).

“Kelantan merekodkan 1,052 kes diikuti Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650) dan Perak (643).

“Jumlah kes direkodkan di Pulau Pinang ialah 632 diikuti 578 kes di Kedah dan 551 di Pahang.

“Kuala Lumpur mencatatkan 313 kes diikuti Melaka (244) dan Negeri Sembilan (243) kes,” ciapnya di Twitter hari ini.

Beliau berkata, Perlis merekodkan 94 kes dengan Putrajaya dan Labuan masing-masing 45 dan dua kes. – myMetro Online

KKM positif covid-19

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis