96 Kematian COVID-19 Dicatat Semalam, Sarawak Tertinggi

Berita96 Kematian COVID-19 Dicatat Semalam, Sarawak Tertinggi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 kematian dilaporkan berlaku dalam negara akibat jangkitan COVID-19 semalam, dengan Sarawak mencatat jumlah kes kematian tertinggi iaitu 21 kematian.
Mengikut paparan data di laman web Github, negeri lain yang mencatat kes kematian ialah Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (lapan), Pulau Pinang (enam), Terengganu (dua), Pahang (2) dan masing-masing satu di Kedah dan Perlis.

Data berkenaan juga menunjukkan 21 kematian membabitkan kematian di luar hospital (BID) dengan Sabah paling ramai, 10 kes.

Ia diikuti tiga kes masing-masing di Selangor dan Kelantan, masing-masing dua kes di Sarawak dan Johor serta satu di Pulau Pinang.

Sementara itu paparan data COVIDNOW menunjukkan jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan dalam negara sehingga semalam adalah 28,234 kes.

Ia membabitkan 22,533 kes kematian di hospital dan 5,701 kematian BID.

Menerusi pelaporan data dalam tempoh dua minggu ini juga, mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih mencatatkan kadar kematian tertinggi setakat ini dengan 73.4 peratus manakala pesakit berusia 18 hingga 59 tahun, 26.1 peratus.

Golongan lelaki juga paling tinggi mencatatkan kematian dengan 65 peratus berbanding wanita, 35 peratus.

Sebanyak 46 peratus adalah mereka yang meninggal dunia tanpa mengambil vaksinasi COVID-19 manakala belum lengkap (9.4 peratus) dan lengkap vaksinasi (44.6 peratus). – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis