9,180 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita9,180 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 9,180 kes berbanding 8,868 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 817,838 kes kes direkodkan setakat ini.

“Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271 kes); Negeri Sembilan (899 kes); Kedah (417 kes); Sarawak (406 kes); Sabah (323 kes); Johor (315 kes); Perak (241 kes); Melaka (222 kes); Pahang (214 kes); Kelantan (151 kes) dan Pulau Pinang (142 kes).

“Selain itu, Terengganu mencatatkan 82 kes, diikuti Labuan (80 kes); Putrajaya (16 kes) dan Perlis satu kes,”katanya.

Kredit: myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis