8,817 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Berita8,817 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal bawah angka 9,000 dengan 8,817 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,294,457 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih melepasi angka 1,000 dengan 1,361 kes manakala, Selangor kembali melebihi angka tersebut dengan 1,348 kes dan Kelantan sebanyak 1,063 kes.

“Johor (886 kes), Sabah (805 kes), Pahang (696 kes), Pulau Pinang (595 kes), Kedah (576 kes), Perak (473 kes), Terengganu (356 kes), Melaka (246 kes), Kuala Lumpur (217 kes) dan Negeri Sembilan (122 kes).

“Selebihnya, Perlis (47 kes), Putrajaya (23 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis