8,290 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita8,290 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes terbaru Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi hari ini dengan 8,290 kes menjadikan keseluruhannya 549,514 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,075 kes diikuti Kelantan dengan 851 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 830 kes.

Katanya, beberapa negeri turut merekodkan kes harian yang tinggi iaitu Johor dengan 762 kes, Sarawak 698 kes manakala Kedah sebanyak 544 kes.

“Sebanyak 520 kes dilaporkan di Negeri Sembilan dan 421 kes dilaporkan di Pulau Pinang.

“Perak merekodkan 405 kes manakala Melaka 380 kes,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Sabah melaporkan 308 kes baharu, Pahang (254) dan Terengganu (207) manakala Putrajaya merekodkan 44 kes baharu, Labuan (6) dan Perlis (8). – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis