8,269 Murid, Pelajar Dijangkiti Covid-19 Antara Januari Hingga Mei

Berita8,269 Murid, Pelajar Dijangkiti Covid-19 Antara Januari Hingga Mei

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 8,269 murid dan pelajar dijangkiti Covid-19 dalam tempoh sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei lalu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia terdiri daripada 4,086 murid dan 4,173 pelajar.

Beliau berkata, perancangan menyeluruh terus dilaksanakan KPM bagi memastikan pengoperasian sekolah akan menjadi lebih selamat dan lancar.

“Perancangan akan dibuat KPM agar pengoperasian sekolah secara bersemuka lebih selamat dan teratur,”katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Radzi berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang meminta kerajaan memaklumkan kes Covid-19 membabitkan murid dan pelajar.

Pembelajaran bersemuka mulai 3 Oktober ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka akan dilaksanakan.

Kelas secara fizikal itu hanya membabitkan negeri di Fasa 3 dan 4 manakala negeri di Fasa 1 dan 2 sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar kelas peperiksaan.

Kredit: myMetro Online

KPM murid sekolah positif covid-19

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis