82 Kematian Covid-19, Sembuh 7,548 Kes Hari Ini

Berita82 Kematian Covid-19, Sembuh 7,548 Kes Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82 kematian akibat Covid-19 dicatatkan di seluruh negara pada hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, ia menjadikan kumulatif kematian dalam negara ini adalah sebanyak 3,460 kes atau 0.56 peratus.

Menurutnya, kes sembuh pula mencatatkan 7,548 kes pada hari ini menjadikan kumulatif adalah sebanyak 534,357 kes.

Katanya, jumlah kes aktif ketika ini adalah 84,269 kes, manakala yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 902 kes dan 447 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – myMetro Online

Artikel Berkaitan

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis