81.8 Peratus Populasi Remaja Lengkap Vaksinasi COVID-19

Berita81.8 Peratus Populasi Remaja Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 2,748,602 individu atau 87.3 peratus populasi remaja telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin berkenaan.

Bagi populasi dewasa pula, 95.5 peratus atau 22,363,772 individu telah lengkap vaksinasi, manakala 22,898,066 (97.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 123,210 dos vaksin diberikan, semalam, membabitkan 20,351 suntikan dos lengkap, dos pertama (7,005) dan dos penggalak (95,854).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,723,584.

BHOnline-

vaksinasi covid-19

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis