8 Peratus Populasi Malaysia Lengkap Dos Vaksin Covid-19

Berita8 Peratus Populasi Malaysia Lengkap Dos Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan, 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter Dr Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sehingga semalam adalah sebanyak 9,006,715 dos dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, membabitkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575). – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis