7,478 Kes Baharu COVID-19, Rekod Angka Harian Tertinggi

Berita7,478 Kes Baharu COVID-19, Rekod Angka Harian Tertinggi

PUTRAJAYA – Situasi penularan COVID-19 di Malaysia kian membimbangkan apabila sekali lagi merekodkan angka harian tertinggi dengan 7,478 kes baharu, hari ini.

Pertambahan melepasi angka 7,000 jangkitan baharu selama dua hari berturut-turut itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini mencecah 533,367 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatat pertambahan kes, hari ini, dengan Selangor terus mendahului dengan 2,455 jangkitan baharu.

“Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 760 kes baharu, Sarawak (640), Johor (587) dan Kelantan (547).

“Perlis kekal menjadi negeri melaporkan pertambahan kes yang terendah dengan lapan jangkitan baharu dikesan,” katanya dalam Facebook, hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis