7,150 Kes Baharu COVID-19, 71 Kematian Hari Ini

Berita7,150 Kes Baharu COVID-19, 71 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 dalam negara hari ini kembali meningkat apabila mencatatkan sebanyak 7,105 kes.

Ia menjadikan kumulatif kes setakat ini adalah 579,462 kes dengan kes aktif 80,474 kes.

Sejak dua hari lalu, kes baharu positif Covid-19 dilaporkan 6,999 kes pada Ahad dan 6,824 kes semalam berbanding pada Sabtu, 9,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 2,068 kes diikuti Kuala Lumpur (817) dan Sarawak (703).

Selain itu, Kelantan merekodkan 531 kes baharu, Johor (431), Pulau Pinang (400), Negeri Sembilan (397), Perak (387), Sabah (318), Melaka (249), Kedah (236), Terengganu (198), Pahang (190), Labuan (162) dan Putrajaya (18), manakala Perlis tiada kes direkodkan hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu 7,103 adalah kes tempatan membabitkan 6,550 warganegara dan 553 bukan warganegara manakala kes import pula dua bukan warganegara.

“Kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 6,083 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 496,121 (85.6 peratus).

“Jumlah kematian direkodkan hari ini pula adalah sebanyak 71 membabitkan 69 warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 872 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 419 memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis