7 Selebriti Dikompaun Berjumlah RM19,000

Berita7 Selebriti Dikompaun Berjumlah RM19,000

KUALA LUMPUR – Tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis di sebuah hotel, di sini, 29 April lalu, dikenakan kompaun berjumlah RM19,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tindakan kompaun itu diputuskan Pejabat Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan kepada pihaknya, semalam.

“Pejabat Peguam Negara memutuskan enam individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

“Mereka ialah Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Nur Iman Alysaa Sahabuddin.

“Kesemua mereka gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kompaun RM10,000 pula dikeluarkan ke atas penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli daripada syarikat penganjur majlis, kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang tempoh majlis itu berlangsung.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit dikompaun, kelmarin, kerana gagal mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan ketika menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini, BH melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung pelanggaran SOP PKPB susulan tular gambar memaparkan beberapa selebriti tidak memakai pelitup muka pada majlis itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis