6,982 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Berita6,982 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

PETALING JAYA – Selepas mencatatkan lonjakan 6,988 kes semalam, kes harian Covid-19 hari ini menurun sedikit kepada 6,982 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seperti biasa Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,907 kes diikuti Kuala Lumpur (637 kes) dan Negeri Sembilan (606 kes).

Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 2,907
WPKL – 637
Johor – 517
Sabah – 230
Sarawak – 440
Negeri Sembilan – 606
Kelantan – 129
Pulau Pinang – 351
Perak – 182
Kedah – 257
Melaka – 202
Pahang – 329
Terengganu – 44
WP Labuan – 131
WP Putrajaya – 20
Perlis – 0

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur susulan trend peningkatan jangkitan Covid-19.

Pendudukan Selangor berjumlah 6.4 juta orang manakala Kuala Lumpur, 1.9 juta.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Selangor dilaporkan mempunyai purata kes harian antara 1,800 hingga 1,900 kes manakala Kuala Lumpur 600 ke 1,000 kes. – Utusan Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis