6,849 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita6,849 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat dengan 6,849 kes dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan 2,558 kes positif diikuti Kuala Lumpur 884 kes.

“Negeri Sembilan (685), Sarawak (699), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248) dan Pulau Pinang (205),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Menurutnya, Labuan merekodkan (176), Melaka (170), Perak (161) dan Kedah (161).

Tiga negeri melaporkan kes di bawah 100 adalah Pahang (89), Terengganu (66) dan Perlis (dua).

Sementara, Putrajaya mencatatkan 10 kes baharu.

“Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 646,411,” katanya. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis