6,440 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Berita6,440 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di seluruh negara meningkat dalam tempoh 24 jam lalu apabila kembali merekodkan angka 6,000 dengan 6,440 kes berbanding 5,738 kes yang dicatatkan semalam. 

Kes baharu itu menjadikan kumulatif kes kini 685,204.

Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi melibatkan 2,095 orang, diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816) dan Johor (592).

Selain itu, Sarawak mencatat sebanyak 536 kes, Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya (enam) dan Perlis (dua). – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis