6,387 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita6,387 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes penularan Covid-19 di negara ini mencatatkan angka melebihi 6,000 kes untuk tempoh lima hari berturut-turut, apabila sebanyak 6,387 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 785,039 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, sebanyak 2,610 kes dikesan di Selangor, diikuti Kuala Lumpur dengan 819 kes baharu dan Negeri Sembilan (523).

Beliau berkata, sebanyak 424 kes baharu direkodkan di Sarawak, Johor (324), Pahang (312), Kedah (273), Sabah (263) dan Perak (249).

“Turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Melaka dengan 206 kes baharu, Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Labuan (71), Putrajaya (25) dan Terengganu (17).

“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu hari ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis