5,841 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita5,841 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini meningkat kepada 5,841 kes berbanding, semalam.

Semalam, sejumlah 5,244 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini cecah 716,847 kes.

Menurut perkongsiannya di Facebook, Selangor masih menjadi negeri tertinggi jangkitan dengan 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan yang mencatat 781 kes; Sarawak (581); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (552) dan Johor (346).

Kedah pula merekod 271 kes hari ini; Melaka (247); Labuan (212); Sabah (203); Pahang (162); Kelantan (135); Perak (120) dan Pulau Pinang (108).

Tiga negeri mencatat kes dua digit dan satu digit adalah Terengganu dengan 29 kes; Putrajaya 17 kes dan Perlis yang hanya mempunyai lima kes sahaja. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis