5,812 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita5,812 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 menurun sedikit dengan 5,812 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini, berbanding 5,841 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 722,659 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 2,187 kes diikuti Kuala Lumpur (771), Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Pulau Pinang (270) dan Melaka (223).

Negeri lain mencatatkan kurang 200 kes baharu iaitu Johor (196), Kedah (186), Sabah (156), Pahang (139), Labuan (123), Kelantan (98), Perak (72), Terengganu (46) dan Putrajaya (14).

Tiada kes baharu direkodkan di Perlis, hari ini. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis