5,271 Kes Baharu Covid-19, Penurunan 4 Hari Berturut-Turut

Berita5,271 Kes Baharu Covid-19, Penurunan 4 Hari Berturut-Turut

KUALA LUMPUR – Kes baharu harian Covid-19 merekodkan penurunan untuk empat hari berturut-turut apabila sebanyak 5,271 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, berbanding 6,241 semalam.

Perkembangan itu juga bermakna, Malaysia mencatat kes baharu harian di bawah paras 6,000 kes selepas 19 hari berturut-turut di atas angka berkenaan sejak 19 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 622,086 kes.

Menurutnya, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,374 kes, diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209) dan Kedah (194).

Selain itu, Melaka dengan 178 kes, Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (lapan) dan Perlis (satu). – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis