507,050 Dos Vaksin Diberikan Semalam, Tertinggi Setakat Ini

Berita507,050 Dos Vaksin Diberikan Semalam, Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin harian Covid-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata, daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari sebelum ini adalah pada Jumaat lalu dengan sebanyak 460,158 dos suntikan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis