4,949 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita4,949 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 4,949 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif 662,457 kes direkodkan setakat ini.

“Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,523, diikuti Sarawak (744); Kuala Lumpur (503); Johor (430); Negeri Sembilan (323); Sabah (273); Pulau Pinang (214) dan Kelantan (214). 

“Selain itu, Kedah mencatatkan 199 kes; Perak (136); Melaka (119); Labuan (113); Terengganu (86); Pahang (61); Putrajaya (10) dan Perlis (satu),” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis