42 orang ditahan gaduh depan Plaza Low Yat

Nasional42 orang ditahan gaduh depan Plaza Low Yat

Gara-gara berebut pelanggan, 42 individu ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira 7 malam.

“Kejadian berpunca daripada berebut pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba. Semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.

Terdahulu beberapa klip video tular di laman sosial memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat membeli belah dan berlanjutan ke dalam premis terbabit. — Bernama

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis