4 Lelaki Disyaki Buang Sisa Kimia Ditahan

Berita4 Lelaki Disyaki Buang Sisa Kimia Ditahan

JOHOR BAHRU – Empat lelaki termasuk pemilik premis yang dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, di sini, malam tadi, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat suspek itu ditahan di premis di Seelong dalam satu serbuan 11.30 pagi tadi.

“Penahanan empat suspek termasuk seorang pemilik premis itu dilakukan atas maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, selepas agensi berkenaan membuat penelitian terhadap sisa kimia yang dipercayai dibuang ke tali air dan Sungai Tawakal di kampung ini.

“Polis akan beri bantuan sepenuhnya kepada JAS termasuk operasi susulan premis yang perlu diperiksa dan diserbu selain kemungkinan tangkapan lain,” katanya pada sidang media di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis dan Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, empat penduduk wanita Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, yang sesak nafas masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Bagaimanapun, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 49 tahun itu dalam keadaan stabil,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis