318 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini

Berita318 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 hari ini melepasi angka 300 dengan 318 kes, menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 11,691 kes.

Kematian tertinggi dicatatkan pada 8 Ogos lalu dengan sebanyak 360 kes direkodkan.

Kementerian Kesihatan menerusi Facebook memaklumkan, kes baharu pula merekodkan sebanyak 21,668 kes termasuk 58 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,342,215 kes.

“Terdapat 237,021 kes aktif dengan 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 543 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 17,687 kes, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 1,093,503 kes,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis