3 terbaik wakili negara di pusingan terakhir FIM MiniGP World Series

Gaya Hidup3 terbaik wakili negara di pusingan terakhir FIM MiniGP World Series

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERLUMBAAN FIM MiniGP Malaysia Series 2021 yang diadakan bulan ini di Litar Kart Antarabangsa Sepang bakal dijadikan medan untuk mencari tiga pelumba teratas untuk berentap dengan juara-juara dari negara-negara lain di pusingan terakhir FIM MiniGP World Series yang akan berlangsung di Valencia, Spain pada 9 dan 10 November 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, perlumbaan yang memasuki edisi kedua kali ini membabitkan penyertaan 13 pelumba bakal bersaing pada empat pusingan.

“Edisi pertama acara ini telah diadakan tahun lalu diatas nama SIC MiniGP Championship bagi kategori 160cc dan 110cc bagi pelumba-pelumba berusia 8 – 14 tahun.

“Pusingan pertama dan kedua akan diadakan pada 9 dan 10 Oktober nanti manakala bagi pusingan ketiga dan keempat pula pada 23 dan 24 Oktober 2021.

“Pada tahun ini, sebanyak 10 buah motosikal 110cc dan 15 buah motosikal 160cc telah ditaja oleh Ohvale yang akan digunakan sepanjang kejohanan FIM MiniGP Malaysia Series ini dimana kesemua perlumbaan akan diadakan di Litar Kart Antarabangsa Sepang,” katanya .

Majlis Pelancaran FIM MiniGP  Malaysia Series 2021 telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker di Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.

Sementara itu, Lian Ker berkata,  dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi, sosial dan sukan secara berfasa, semua pihak yang terlibat juga merasa teruja dapat meneruskan acara ini, khususnya pelumba- pelumba cilik yang telah terpilih untuk meneruskan impian mereka ke peringkat seterusnya.

Katanya lagi, ini ada sebuah inisiatif dari SIC, dengan sokongan KBS dan MAM dalam menerajui program akar umbi permotoran dua roda di mana Malaysia merupakan negara rantau Asia tunggal yang menganjurkan program peringkat akar umbi.

“Program ini juga berkembang kepada dua kategori berbeza iaitu FIM MiniGP Malaysia Series untuk kategori 160cc bagi pelumba-pelumba berusia 11 – 14 tahun, dan SIC Ohvale Junior Championship untuk kategori 110cc bagi pelumba-pelumba berusia 9 – 10 tahun.

“KBS akan terus memberi sokongan penuh dan mengalu-alukan inisiatif untuk memperkasakan program akar umbi seperti ini, selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Sukan Permotoran dan  merupakan satu strategi kelestarian (sustainability strategy) dalam membentuk ekosistem sukan permotoran du roda dengan hala-tuju yang jelas dan komprehensif dalam membina atlet-atlet berkualiti dan professional,” tegasnya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis