22,242 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Setakat Ini

Berita22,242 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan jumlah tertinggi dengan 22,242 kes, hari ini berbanding 19,631 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,466,512 kes direkodkan setakat ini.

“Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,858 kes, diikuti Sabah (2,413 kes); Pulau Pinang (1,867 kes); Kedah (1,852 kes); Kuala Lumpur (1,587 kes); Johor (1,477 kes) dan Sarawak (1,403 kes).

“Selain itu, Kelantan mencatatkan 1,351 kes; Perak (1,036 kes); Pahang (675kes); Melaka (579 kes); Negeri Sembilan (577 kes); Terengganu (487 kes); Perlis (50 kes); Putrajaya (25 kes) dan Labuan (5 kes),” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis