21 Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini

Berita21 Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 21 kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, enam kluster daripadanya ialah kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, empat kluster keagamaan, dua pendidikan lain dan masing-masing satu bagi kluster pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

Katanya, daripada jumlah itu, Selangor, Kelantan, dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan empat kluster, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan (dua kluster) dan satu kluster di Perak.

Sejumlah 61 kematian dicatatkan hari ini iaitu membabitkan 59 warganegara dan dua bukan warga negara. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis