20,596 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Setakat Ini

Berita20,596 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila merekodkan 20,596 kes hari ini iaitu tertinggi sejak pandemik ini melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,203,706 kes setakat ini.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 8,549 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,163 kes.

“Selain itu, Johor merekodkan 1,300 kes, Sabah (1,062), Sarawak (759), Negeri Sembilan (989) dan Kedah (1,446).

“Pulau Pinang pula merekodkan (1,022), Kelantan (772), Perak (916), Melaka (622), Pahang (426),Terengganu (501), Labuan (15), Putrajaya (50) dan Perlis (4),” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis