2.3 Juta Rakyat Malaysia Sudah Divaksin

Nasional2.3 Juta Rakyat Malaysia Sudah Divaksin

SHAH ALAM – Sejumlah 2.3 juta rakyat negara ini sudah menerima vaksin sejak pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, jumlah berkenaan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah populasi penduduk negara ini yang dianggarkan kira-kira 32 juta orang.

“Seramai 1.4 juta orang menerima dos pertama manakala 870,051 orang pula sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

“Jumlah ini tidak sampai pun dua peratus daripada populasi rakyat Malaysia, tapi saya yakin jumlah penerima vaksin akan meningkat apabila lebih banyak dos vaksin tiba menjelang Jun ini,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Ideal Convenction Centre Shah Alam (IDCC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Amzad berkata, hanya 30 peratus daripada 1,400 PPV dirancang dibuka oleh kerajaan sebelum ini beroperasi kerana jumlah bekalan vaksin yang masih rendah.

“Kita sedang mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak PPV sekiranya menerima lebih banyak jumlah dos vaksin daripada syarikat pembekal.

“Sekiranya lebih banyak PPV dibuka, kerajaan menjangkakan kira-kira 150,000 dos vaksin dapat diberikan kepada orang awam dalam tempoh sehari,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis