19,733 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita19,733 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 19,733 kes berbanding 18,547 kes yang dicatatkan semalam.

Sarawak kekal menjadi negeri dengan kes harian tertinggi iaitu 3,100 kes berbanding Selangor iaitu 2,989 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 1,900,467 kes.

“Pulau Pinang menjadi negeri ketiga tertinggi iaitu 2,474 kes diikuti Sabah (2,067); Johor (1,867) dan Kedah (1,564).

“Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,471 kes diikuti Perak (1,319); Terengganu (904); Pahang (700); Kuala Lumpur (537); Melaka (375) dan Negeri Sembilan 256 kes,” katanya hari ini.

Menurutnya, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 74 dan 29 kes manakala Labuan merekodkan tujuh kes. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis